Breaking News
Loading...
Wednesday, December 16, 2015

Info Post
 Rata-rata rakyat malaysia khusunya di johor mahukan kerajaan bertegas dalam isu ini, beberapa orang mengemukakan cadangan agar semua produk yang menjahanamkan rakyat harus diharamkan, usah menuding jari pada vape sahaja. beberapa rakaman print screen luahan hati rakyat malaysia dirakamkan.

Peniaga vape di negeri ini meminta kerajaan negeri mempertimbangkan larangan penjualan produk itu dan memberi tempoh kepada mereka mendapatkan kembali modal perniagaan sebelum ia dikuatkuasakan.

Tinjauan Bernama di beberapa premis perniagaan vape di bandar raya ini mendapati suasana di premis agak suram dan beberapa penjual vape turut melahirkan rasa sedih dengan larangan tersebut.

Akhbar tempatan berbahasa Inggeris semalam melaporkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai bertitah agar larangan penjualan vape dikuatkuasakan dan semua premis yang menjual vape diberi tempoh sehingga 1 Jan depan untuk menutupnya.

"Berilah masa untuk kami mendapatkan kembali modal bagi penjualan vape ini," kata Noor Azlan Nardi, peniaga vape di Kilang Bateri, Jalan Tampoi, di sini ketika ditemui Bernama pada Ahad.

Pengusaha berusia 42 tahun itu berkata beliau terkilan dengan perkembangan terbaru itu kerana menjejaskan perniagaan anak Melayu sepertinya.

"Kami mula berniaga di tepi jalan, menumpang kedai mamak, sehinggalah kini kami mampu berniaga di kedai sendiri," katanya.

Beliau turut kesal kerana terasa teraniaya memandangkan maklumat mengenai sama ada perniagaan vape dibenarkan atau tidak sentiasa berubah.

"Kita peniaga rasa teraniaya sebab vape ini sekejap boleh, sekejap tidak boleh," katanya.


Pengusaha rayu tempoh pengharaman vape dilanjutkan

0 comments:

Post a Comment