Sebelum ini bekas isteri pelakon Ezany Nazariff, Lizda Nuryanti tampil mendedahkan segala dakwaan bekas suaminya sebelum ini kononnya dia isteri durhaka dan curang adalah rekaan Ezany sahaja.
Menerusi mStar, Lizda menjelaskan sejak tiga tahun lalu mereka sudah berpisah bilik selepas Ezany sendiri didakwanya berlaku curang serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Tersentak dengan penjelasan bekas isterinya itu, Ezany menolak dakwaan sengaja memfitnah bekas isterinya untuk mengaibkan wanita itu seperti yang didakwa oleh Lizda. Sebaliknya, Ezany mendakwa, apa yang dikongsikan oleh Lizda adalah tidak benar.
“Setiap dakwaan saya ada bukti, bukan sekadar gambar malah ada juga rakaman perbualan yang disimpan sehingga kini. Saya tidak memfitnahnya,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.
Ezany dan Lizda bernikah pada 1 Julai 2007 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rayyan Harraz, 4, dan Hayden Harraz, 2.
0 comments:
Post a Comment