Breaking News
Loading...
Wednesday, December 30, 2015

Info Post

Kontroversi yang membabitkan penyanyi Adira dan bekas tunangnya, Shahrul Nasrun beberapa bulan lepas menjadi perbualan hangat di kalangan peminat-peminat tempatan dengan pelbagai reaksi yang diberikan kepada pasangan ini.

Bagaimanapun ketika bertemu Shahrul Nasrun di Majlis Sidang Media Majlis Zikir Perdana dan Perasmian Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) kelmarin, dia menjelaskan tidak perlu untuk memberikan penjelasan lanjut mengenai kenyataan yang dikeluarkan Adira sebelum ini, kononnya penyanyi (Adira) itu masih lagi menyayanginya.
“Saya tak boleh komen itu adalah kenyataan yang dikeluarkannya bukan kenyataan saya,” katanya. Saya dan dia hanya berkawan biasa sahaja dan saya rasa terlalu awal untuk mencari kekasih baru. Sekarang ini saya sudah move on dan sibuk dengan karier,” ujarnya.
Shahrul turut berkata, mengenai perasaannya terhadap Adira adalah terlalu privasi untuk dikongsikan dan biarlah hanya dia yang mengetahuinya sahaja. Buat masa kini dia hanya berkawan dengan semua orang termasuklah bekas-bekas kekasihnya.
“Perasaan itu terlalu personal untuk dikongsikan. Semua ini adalah ketentuan Tuhan. Sekarang ini saya berkawan dengan semua orang,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Shahrul Nasrun selaku NGO yang terlibat dengan program Zikir Perdana yang akan diadakan pada 7 November ini menyeru umat Islam di seluruh Malaysia untuk beramai-ramai bersama ke Masjid Putra, Putrajaya untuk sama-sama mengimarahkan masjid serta mendekatkan diri pada yang Maha Esa. (rtky/h)

0 comments:

Post a Comment