KUALA TERENGGANU - Seorang pengetua sekolah dan pasangannya yang masih berstatus isteri orang dikenakan hukuman denda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, semalam, selepas mengaku salah berkhalwat.
Pasangan itu, Rosdi Mohamad Salleh, 49, dari Bukit Payong, Marang, yang juga masih memegang status suami orang dan Zaipah Draman, 48, juga dari Bukit Payong, turut berdepan hukuman lima bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.
Hakim Rendah Syarie, Mat Ropi Busu membuat keputusan itu selepas mereka berdua mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.
Berdasarkan fakta kes, pada 6 Januari lalu, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah yang membuat rondaan di sekitar pantai Batu Buruk, di sini, kira-kira jam 10 malam, sebelum memperluaskan rondaan ke kawasan sekitar sebuah hotel berhampiran.
Sebaik menghampiri kawasan berkenaan, anggota dan pegawai penguat kuasa ternampak pasangan itu dalam keadaan mencurigakan lalu membuat intipan.
Intipan selama beberapa minit kemudian mendapati pasangan berkenaan sedang bercumbuan dan sebaik dihampiri, didapati kepala wanita sedang menunduk ke arah paha lelaki.
Sebaik diserbu, lelaki itu segera bangun dan memperbetulkan pakaiannya manakala siasatan mendapati pasangan itu bukan pasangan suami isteri atau mahram.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat."
Pendakwaan dikendalikan pendakwa syarie, Muhammad Hafiz Razali
0 comments:
Post a Comment