Dikhabarkan terdapat banyak spekulasi mengenai lagu ini yang sehingga ini tidak diketahui siapakah penciptanya. Ada yang mengatakan lagu ini ditemui selepas 3 hari kematian Alda namun setelah pihak forensik menjalankan siasatan keatas mayat beliau, didapati Alda telah mati 7 hari. Jadi siapakah sebenarnya yang menyanyikan lagu tersebut? Siapakah penciptanya? . Kematian Alda begitu memeranjatkan dunia hiburan Indonesia. Ada yang mengatakan beliau mati akibat pengambilan dadah yang melebihi dos dan ada pula yang mengaitkan dengan pembunuhan oleh kekasihnya yang bermotifkan cemburu.
Namun kesahihan terhadap lagu ini sehingga kini masih menjadi keraguan dan tanda tanya yang tiada jawapan. Lagu yang diselangi dengan hilai tawa seorang wanita cukup meremangkan dan menyeramkan. Anda boleh mendengar lagu ini di laman youtube dan rasai sendiri keseramannya.
Apapun bersamalah kita sedekah Al-Fatihah kepada arwah…
SERAM dan MISTERI….Kisah misteri lagu ‘Menanti Kekasih’ yang berhantu yang menjadi teka teki sehingga kini, siapakah penciptanya bila dengan meramang bulu roma…
Info Post
0 comments:
Post a Comment