Seorang sukarelawan polis dipercayai menggantung dirinya di sebuah kediaman milik nenek mangsa di persimpangan Kampung Perigi Hang Tuah Duyung di sini awal pagi Sabtu...
Mangsa yang dikenali sebagai Nazarul Hafiq Abu Bakar, 24 di temui sepupunya dalam keadaan tergantung setelah tidak keluar dari bilik tidurnya sejak pagi Jumaat...
Menurut bapa mangsa, Abu Bakar Ali, anak buahnya memaklumkan kepadanya bahawa dia terpaksa memasuki bilik mangsa melalui tingkap kerana pintu biliknya berkunci dari dalam sebelum mendapati anaknya sudah meninggal dunia di bilik tidurnya pada kira-kira jam 6 pagi...
Menurut Abu Bakar, anaknya terus memasuki dan mengunci dirinya di dalam bilik semenjak pulang dari kerja pada kira-kira jam 10 pagi, Jumaat...
Apabila tiada respon diterima selepas dipanggil berkali-kali, nenek mangsa mulai curiga dan menyuruh cucunya untuk memeriksa keadaan mangsa...
Punca Sebenar Lelaki Gantung Diri Setelah Tidak Jadi Bertunang
Info Post
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.