KUALA LUMPUR : Dia dirogol hampir 20 kali oleh teman lelaki kakak angkatnya sebaik melarikan diri dari rumah.
Sepanjang tempoh itu, dia dijadikan tempat pemuas nafsu lelaki yang berusia lewat 20-an yang bagaikan mendapat kerelaan daripada kakak angkat mangsa sendiri.
Malah, setiap kali mangsa dinodai lelaki durjana itu, wanita berkenaan yang juga kekasihnya turut berada di lokasi sama. Itulah nasib malang terpaksa dilalui seorang remaja berusia 14 tahun akibat melarikan diri dari rumahnya selepas diperangkap pasangan kekasih itu.
Semuanya bermula kira-kira enam bulan lalu, apabila remaja terbabit yang tinggal di Tapah, Perak melarikan diri ke ibu kota selepas diperdaya pasangan kekasih itu.
Difahamkan, pasangan kekasih itu hanya mengambil masa sebulan untuk memerangkap remaja mentah terbabit mengikut mereka dengan mengumpan kebebasan hidup di ibu kota.
Sumber berkata, sejak melarikan diri, mangsa tinggal bersama pasangan itu di sebuah rumah kedai di Ampang.
“Selepas beberapa hari mendiami rumah berkenaan, lelaki terbabit mula menunjukkan belang dengan merogol mangsa.
“Lebih menghairankan apabila kakak angkat yang juga kekasih lelaki terbabit bagaikan merelakan perbuatan itu.
“Malah, wanita berkenaan mampu tersenyum setiap kali menyaksikan kekasihnya itu merogol mangsa,” katanya.
Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, mangsa menghubungi ahli keluarganya sebelum dijemput pulang ke kampung halaman.
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.