Jururawat Nurul Wazieyana Sebenarnya Disorok Oleh Jin-Penduduk Kampung|Misteri Kehilangan Nurul Wazieyana"Seperti yang kita maklum misteri Kehilangan jururawat Nurul Wazieyana masih lagi belum terungkai sehingga kini. Nurul Wazieyana dikatakan lemas 12.12.2015 di Pasir Panjang, Santubong. Rentetan daripada itu operasi SAR mencari mangsa dijalankan oleh pihak penyelamat.
Namun usaha mencari mangsa masih belum lagi menemui titik noktah, apabila mangsa masih gagal ditemui.
Sepanjang operasi SAR pencarian, pihak penyelamat telah menjumpai pakaian milik mangsa seperti baju, anak tudung dan pakaian dalam. Selain itu pihak penyelamat juga telah menjumpai organ yang berupa jantung, (kemungkinan organ binatang) di pesisir pantai sepanjang operasi pencarian.
Setelah berminggu-minggu mencari dan menggunakan perbagai kaedah, pihak penyelamat akhirnya membuat keputusan untuk menghentikan operasi pencarian. Bapa nurul Wazieyana akhirnya redha bahawa di Pasir Panjang lah kubur anaknya. Cuma dia berharap satu hari nanti jasad anaknya akan ditemui juga.
Setelah operasi SAR dihentikan, secara tiba-tiba operasi SAR mencari mangsa diteruskan hari ini dan ini pasti berita yang cukup menggembirakan terutama buat keluarga mangsa yang sememangnya berharap agar mangsa dapat ditemui.
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.