Breaking News
Loading...
Friday, January 22, 2016

Info Post
Seorang Wanita TERJUMPA Orang Tua OKU Di Tepi Bank… Apa Yang DIMINTANYA Amat MENGEJUTKAN !!! | Baru saja sebentar tadi aku jalan nak beli barang, aku terserempak dengan pakcik ini. Aku ingatkan dia nak jual tisu, jadi aku terus turun dari kaki lima sambil tangan dah seluk dalam beg nak cari duit.

Bila sampai saja ke tempat dia, dia keluarkan kad bank dan nombor pin bagi, nak minta tolong aku keluarkan duit.

Ya Allah! Dari tadi dia tunggu-tunggu tengah panas rupanya menunggu orang untuk membantu dia rupanya.

Aku tanya berapa jumlah wang yang pakcik ini nak keluarkan. Dengan pelat-pelat cakap yang aku tak faham dan jari menunjukkan angka empat, aku tanya, “RM400 ke pakcik?”.

Dia mengangguk-angguk.

Aku terus ambil kad dan terus ke bank terdekat. Dalam hati terdetik, kalau tak ada duit dalam bank pakcik ini, di tangan aku ada dalam RM200. Mungkin aku boleh bagi RM100 pada dia.

Bila aku semak baki akaun bank dia, rupa-rupanya hanya berbaki RM450 sahaja. Jadi, betullah dia memang nak suruh aku keluarkan RM400.

Semasa aku serahkan wang itu kepada dia, terdengar dia cakap “Terima kasih,”. Aku angguk faham dan kawan aku di sebelah menangis-nangis kesedihan.

1 comments:

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.