Breaking News
Loading...
Tuesday, January 19, 2016

Info Post

Mak Boleh Ke Kaki Saya Tumbuh Balik|Dalam kejadian semalam kita dikejutkan dengan sebuah kemalangan jalan raya yang melibatkan seorang pelajar perempuan yang mengakibatkan dia kehilangan dua dua kakinya selepas digilis oleh sebuah lori tanah dari arah bertentangan yang tidak sempat mengelak selepas pelajar tersebut dikatakan jatuh atas jalanraya kerana dihimpit sebuah kereta jenis Produa Kancil.
Melihat dan mendengar Kejadian berkanan rata rata rakyat malaysia melahirkan rasa simpati kepada pelajar berkenan.
Selepas kemalangan, kereta jenis Produa Kancil berkenaan telah melarikan diri manakala pemandu lori tanah tersebut dikatakan telah membuat laporan polis Sabak Bernam.
Update terkini dari Pihak Siakap keli yang menghubungi bapa tiri mangsa Roslan Bin Sardi, 40, di mana dimaklumkan bahawa Nuraisyah adalah anak tirinya yang telah dibela sejak kecil lagi.
Menurut Roslan, pagi ini anak tirinya itu bertanyakan kepada isterinya satu soalan yang agak susah untuk dijawab.
"Mak, boleh ke kaki saya tumbuh balik?," soalan yang membuatkan isterinya, Maimunah Binti Md Razalli tidak dapat berkata apa.
"Walaupun dia anak tiri saya, saya memang terasa dengan apa yang berlaku kepadanya kerana dia tinggal dengan saya sejak kecil lagi, dah macam anak sendiri"
"Saya sungguh kagum dan pada sama malu dengan Nursisyah , dia memang kuat kerana ketika kejadian dimana dia tidak menagis sedikit pun walaupun kehilangan kaki dan cedera teruk, sebaliknya senyap dan termenung, kalau saya di tempat dia sudah pasti saya meraung," ceritanya.

0 comments:

Post a Comment

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.