Sememangnya ramai yang tak berpuashati dengan keputusan juri apabila Farahdhiya mendapat tempat kedua di Gegar Vaganza.
Banyak berpendapat, ada lagi peserta yang lebih baik terutama Ezad Lazim pada malam itu. Penonton juga terkejut dengan kedudukan Haiza yang hanya mendapat tempat keenam.
Boleh baca luahan orang ramai dan para penonton (DI SINI)
Akhirnya Ramli MS tampil memberi komen yang lebih memeranjatkan orang ramai.
Sebenarnya perbezaan markah antara Juara dan Naib Juara Gegar Vaganza 2 (GV2) hanya 0.3 % sahaja dan akhirnya memihak kepada Siti Nordiana.
Markah Siti Nordiana ialah 68.7% manakala Faradhiya pula mendapat markah sebanyak 68.4%. Perbezaan yang sedikit ini bergantung kepada cara nyanyian mereka ketika berada di atas pentas.
Juri tetap Datuk Ramli MS berkata Nana kelebihannya ketika menyanyi solo manakala Faradhiya ketika menyanyi lagu Rap semasa ‘Battle Round’.
Ini komen Ramli MS:
“Semasa Nana menyanyikan lagu Putus Terpaksa, dia berjaya menambat hati juri kerana setiap key yang dinyanyikan telah sampai.
“Tetapi semasa dia menyanyikan lagu Awak Kat Mana, ternyata dia ada kelemahan untuk menyanyikan lagu genre itu kerana ia bukan ‘forte’ Nana.
“Berbeza pula dengan Faradhiya, ketika nyanyi Lagu Janji Manismu, dia nyanyi bagus cuma ada terkucil sikit ‘note-note’ nyanyiannya.
“Kredit memang harus diberikan kepada Faradhiya menyanyikan Lagu Oh La La kerana dia memang pandai untuk menyanyikan lagu berentak Rap,”
Pendedahan Ramli MS Kenapa Farahdhiya Dapat Tempat Kedua News2
Info Post
0 comments:
Post a Comment