This is a FAKE account. Hope the person who created it will respect and delete the account. Thank you, pinta Lisa dalam satu muatnaik di Instagram beserta gambar akaun tersebut. Malah rata-rata komen mengeji tindakan akaun tersebut.
Nampaknya ketika ini Lisa perlu menempuhi pelbagai dugaan berkaitan anaknya. Jika sebelum ini berita palsu mengenai gambar anak sulungnya itu juga turut tersebar kini perkara sebegini pula muncul.
Bagaimanapun, isu mengenai individu mewujudkan akaun Instagram anak artis telah pun bermula sekian lama malah baru-baru ini akaun yang menggunakan nama anak Awal Ashaari turut digunakan untuk menghentam Sharnaaz di Instagram. Semoga Lisa dan juga Yusry bijak menangani masalah ini.
0 comments:
Post a Comment