Breaking News
Loading...
Tuesday, December 15, 2015

Info Post
Baru-bari ini, pengasas produk Pamoga dan Qu Puteh, Datuk Seri Vidat elah dikaitkan dengan status yang dimuat naik pelakon Fizo Omar di laman Twitter.

Setelah tamat final Gegar Vaganza, Fizo telah menulis “Potong stim la tengok #gegarvaganza ni...Nak tengok otai-otai menyanyi, bukannya...”

Walaupun Fizo tidak mengaitkan sesiapa menerusi tweet itu, namun pengguna twitter merasakan ia ditujukan kepada Datuk Seri Vida yang juga penaja utama Gegar Vaganza kerana tampil agresif mempromosikan produknya di rancangan itu.

Mengulas tentang perkara itu, Datuk Seri Vida akui sebenarnya dia terkejut pada awalnya tetapi tidak mengambil peduli mengenainya.

Ini komen Dato Seri Vida:

“Pada malam Ahad lalu selepas berakhirnya konsert Gegar Vaganza, seorang rakan telah menunjukkan kepada saya entri tersebut ketika majlis sidang media.

“Tatapi saya kata kepada rakan tersebut, mungkin ia bukan untuk saya. Tetapi, kalau benar pun ia ditujukan untuk saya, saya tidak kisah.

“Lagipun saya sudah lali dengan kritikan. Saya telan semuanya,” 

“Nawaitu saya cuma satu...Saya hanya ingin berniaga dan mempromosikan produk saya. Saya dan produk tidak dapat dipisahkan

0 comments:

Post a Comment