*Assalamualaikum, saya telah dimaklumkan bahawa bayi dalam kandungan isteri saya telah gugur. Doakan kesihatan dan kesejahteraan isteri saya serta doakan kami dipermudahkan urusan seterusnya.
*Sekarang, isteri saya ditahan di wad di Hospital Ampang. Kepada yang mengenali Farah dan yang ingin datang melawat, bolehlah mesej saya.
S@ya agak terkilan sebab kami dimaklumkan bahawa bayi kami meninggal dalam kandungan 7 minggu yang lalu. Sedangkan 2 minggu yang lalu baru saja lepas check up di klinik kerajaan dan mereka tidak cakap apa-apa pun.
.Semalam, saya rasa tak sedap hati, saya buat check up di klinik swasta dan kami dimaklumkan yang bayi gugur dan lebih mengejutkan bayi kami sebenarnya kembar.
S@ya nasihatkan kepada sesiapa yang buat check up di klinik kerajaan, buat juga di klinik swasta jika berkemampuan. Ini kerana bila klinik kerajaan menerima terlalu ramai pesakit, perkara-perkara seperti ini mereka akan terlepas pandang.
#Saya tidak berniat hendak menyalahkan sesiapa tetapi sekadar menasihatkan agar sentiasa membuat pemantauan kandungan. Saya percaya apa yang berlaku ada hikmah di sebalik kejadian. InshaAllah. - Fakhrul Lepak Mana | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.