Nama Lana Nordin memang tidak pernah terlepas dari pelbagai kontroversi lebih-lebih lagi melibatkan soal cinta.
Terbaru, Lana Nordin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan seoarang jejaka pada bulan Mei tahun ini.
Berita tersebut sekaligus bakal menutup sebarang kontroversi atau tanda tanya siapakah jejaka yang kini sedang bertakhta di hati pelakon kelahiran negeri Sarawak itu.
Khabarnya sebuah sidang akhbar akan diadakan pada 25 Mac ini bagi membuat pengumuman mengenai perkahwinannya selain memperkenalkan siapa jejaka yang bakal menjadi suami Lana kelak.
Namun menurut sebuah portal gosip tempatan turut menedahkan teman lelaki Lana adalah seorang yang berasal dari Amerika Syarikat dan kini menetap di Singapura.
Lelaki yang dikenali dengan David McKienzie merupakan seorang atlet skuad bola tampar Amerika Syarikat yang beraksi di sukan Olimpik pada tahun 2012. Adakah benar Lana bakal mendirikan rumah tangga dengan McKienzie?
Tunggu sehingga sidang media untuk memperkenalkan bakal suami Lana Nordin kelak.
Sumber: Portal Murai
0 comments:
Post a Comment