Beginilah rutinku dan suami setiap hari. Seusai solat subuh, tatkala jalan masih gelap, tanggungjawab demi masa depan anak perlu dilunaskan. Aku mahu dia pandai supaya kepayahan kami alami sekarang tidak berpanjangan.
Sebaik anak sulung melangkah kaki ke sekolah, aku dan suami serta anak bongsu bergegas ke kebun getah. Walaupun kami bukan tuannya, tetapi pokok inilah yang menyara hidup kami empat beranak. Ku cari dahan yang selalu ku gantung buai anakku. Aku tiada pilihan. Jikaku mampu anak ini pasti tidak perlu berada di sini. Dia boleh saja berada di rumah pengasuh. Tapi apakan daya. Pendapatanku dan suami hanya RM40 sebulan. Aku dan suami mengambil upah menoreh pokok orang lain. Mana mampu nak gajikan pengasuh.
Jika disoal kepada sampai bila anak kecil ini perlu 'diasuh' di dalam kebun getah, ku tiada jawapannya. Jika kesudahan nasibku tiada nokhtah aku reda, mungkin ini takdir dari yang maha Esa. Selalunya, sebelum menoreh getah yang menyara hidup kami anak beranak, Aku akan menyuap anak kecil berusia dua tahun ini dengan nasi lemak yang dibeli suami. Bila kekenyangan, baru ditidurkan di dalam buaian yang diikat suami di pohon getah.
ANAK DISERANG KALA JENGKING & BERUK
Tangan yang menghayun buaian ini ku iringi selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW, mudah-mudahan dengan berkat selawat ke atas Baginda, anakku tidak lupa kami bila dia berjaya kelak. Bila memandang wajahnya, hati tiba-tiba sayu, ku terkenang beberapa pengalaman yang pernah menimpanya. Beberapa ekor beruk buas pernah mengganggunya, mujur ku sempat melempar sesuatu kepada haiwan itu dari bertindak di luar jangkaan. Kakaknya pula biasa disengat kala jengking di kebun ini, ketika itu hanya ALLAH yang tahu bagaimana perasaan seorang ibu. Alhamdulillah, dia selamat dari bahaya selepas dirawat di klinik kerajaan.
KISAH IBU TIDURKAN ANAK DIDAHAN POKOK SEBELUM MENOREH SETIAP 5.00 PAGI. BUKAN INI YANG BELIAU PINTA TERJADI!!
Info Post
0 comments:
Post a Comment