Pendedahkan penyelewengan terbaru membabitkan keluarga Menteri Pembangunan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Kali ini, parti itu membongkar pembelian kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 yang dibeli oleh keluarga Shahrizat pada 2009.
Wang berkenaan diperoleh daripada RM5 juta dana awam yang diberi kepada Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), milik suami dan anak Ketua Wanita Umno itu.
Dakwanya, bayaran untuk membeli kenderaan terbabit dibuat National Meat Lives Corporation (NMLC) yang turut dimiliki keluarga Shahrizat.
“Pada 9 Disember 2009, hampir dua tahun yang lepas, keluarga Shahrizat menggunakan wang NFC itu untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
“Kos penyelenggaraannya tiap-tiap bulan adalah lebih kurang RM20 ribu, itumaintainance dia saja. Itu kereta mewah yang digunakan keluarganya,” katanya.
Menurutnya lagi, dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada satu tarikh pada tahun 2009.

0 comments:
Post a Comment