Breaking News
Loading...
Thursday, January 14, 2016

Info Post
PENYANYI popular Indonesia, Agnes Monica dikecam selepas memakai persalinan jarang dengan tulisan bahasa Arab pada persembahan Konsert Raya 21 Indosiar, Isnin lepas. Portal hiburan Indonesia, Smeaker mengatakan Agnes mempersembahkan single terbarunya, Boy Magnet dengan ejaan 'Al-Mutahiddah' yang membawa maksud bersatu. KTZ yang menaja persalinan Agnes pada malam tersebut mengatakan kalimah berkenaan tiada kaitan dengan al-Quran. Bagaimanapun, pelayar laman sosial menyifatkan tindakan Agnes tersebut sebagai keterlaluan kerana ayat berkenaan dicetak pada pakaian yang jarang.
menonton video di sini:

"Tolong nasihatkan (Agnes) tentang cara pemakaiannya yang melecehkan Islam," kata Ismiyati di Twitter. "Tolong berikan Agnes baju yang sopan sikit. Tolong perbetulkan," kata Sepunarya. Sementara itu, Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengatakan kalimah Arab yang tertera di pakaian Agnes tidak mencemarkan agama Islam. Ketua Dakwah MUI, Cholil Nafis bagaimanapun menyifatkan pakaian penyanyi berkenaan sebagai tidak sesuai. "Saya tidak senang melihat busana Agnes yang lucah dan jauh dari budaya Indonesia," kata Chalil.

0 comments:

Post a Comment