15 'fatwa' untuk bersetubuh, liwat tak dibenarkan
Info Post
Portal berita antarabangsa, Reuters menerusi laporan eksklusifnya semalam mendedahkan garis panduan atau “fatwa” yang dikeluarkan oleh kumpulan pengganas Negara Islam (IS) membabitkan cara melayan dan mengadakan hubungan seks dengan hamba wanita yang dimiliki oleh ahli IS.Menurut laporan tersebut, dokumen yang menjelaskan garis panduan berkenaan diperolehi oleh pasukan khas Amerika Syarikat (AS) di Syria semasa serbuan yang dilakukan pada Mei lalu.“Fatwa” tersebut yang mengandungi 15 perkara dikatakan dikeluarkan selepas timbul kemusykilan dalam kalangan ahli IS mengenai hukum syarak layanan terhadap hamba-hamba wanita dan ianya telah dipersetujui oleh jawatankuasa penyelidikan dan fatwa IS.Laporan itu juga menyatakan, “fatwa" tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh kerajaan AS, bagaimanapun agensi berita itu tidak dapat mengesahkan sendiri kesahihan maklumat berkenaan.Merujuk kepada “fatwa” bernombor 64, bertarikh 29 Disember antaranya menyatakan seseorang yang menyimpan hamba wanita dibenarkan untuk bersetubuh dengan mereka selepas wanita itu habis haid dan bersih daripada hadas, selain tidak dibenarkan meliwat hamba tersebut.Berikut merupakan 15 “fatwa” yang dinyatakan oleh para ulama IS, seperti dokumen yang dilampirkan dalam laporan berkenaan:

0 comments:
Post a Comment