Video Dan Gambar Bas Ekperess Dan Kereta Masuk Gaung 200 Kaki,Simpang Kg Kiau Ranau|Satu kejadian sebuah bas dan sebuah kereta terjatuh gaung di Simpang Kg Kiau Ranau. Jabatan Bomba menerima panggilan pd jam 3.47 petang.
Bas ekpress dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu telah bertembung dengan sebuah kereta Proton dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Ranau dan kedua-dua kenderaan ini telah terjatuh kedalam gaung sedalam 200 kaki.
Kesemua penumpang (3 orang = 2 lelaki dan 1 wanita) kereta tersepit dan meninggal dunia ditempat kejadian, mangsa yg meninggal berjaya dikeluarkan dan dibawa naik dari gaung. Pemandu Bas dan penumpang dipercayai seramai 23 orang mengalami pelbagai kecederaan dan telah berjaya dinaikkan dari gaung dan dihantar ke hospital berdekatan iaitu di Hospital Ranau, Kota Belud dan Tuaran.
Pasukan bomba dari BBP Ranau seramai 7 orang yg pertama tiba ditempat kejadian dibantu oleh Pasukan STORM (Special Tactical Operation & Rescue) seramai 75 orang dan 25 pegawai dr beberapa balai bomba berhampiran manakala dari pasukan EMRS (Emergency Medical Rescue Service).
Seramai 12 org dengan 4 jentera ambulan (EMRS) dr 4 balai iaitu Ranau, Kota Belud, Tuaran dan Lintas yg menjadikan seramai 112 keseluruhan anggota bomba telah terlibat dalam operasi Penyelamatan mangsa. Beberapa pegawai kanan bomba juga turut hadir yg diketuai oleh YS Pengarah Bomba Sabah turut terlibat dalam operasi.
Video Dan Gambar Bas Ekperess Dan Kereta Masuk Gaung 200 Kaki,Simpang Kg Kiau Ranau
Info Post

0 comments:
Post a Comment