Breaking News
Loading...
Thursday, December 3, 2015

Info Post
Suami Marissa Yasmin memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah setelah pelakon berkenaan menghilangkan diri de­ngan meninggalkan rumah kelamin mereka di Subang Jaya sejak hampir enam bulan lalu.
Muhzir Mohd. Zainuddin mendakwa, tindakan artis yang popular menerusi drama rantaian Memori Cinta Suraya yang masih bersiaran di saluran Astro Prima berpunca daripada kehadiran orang ketiga.
Saya dapat tahu dia (Marissa Yasmin) ada ‘orang lain’ dan saya mempunyai bukti. Dia hanya pulang ke rumah sekali-sekala semasa ketiadaan saya untuk mengambil barangan peribadi sejak meninggalkan rumah pada 12 Jun lalu iaitu seminggu sebelum bulan puasa (Ramadan).
“Saya tidak dapat berhubung dengannya lagi kerana nombor te­lefon bimbit saya telah disekat oleh dia,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah selepas menghadiri sebutan kes permohonan penceraian yang difail di Mahkamah Rendah Syariah.

0 comments:

Post a Comment