Inilah Hajat TAK KESAMPAIAN Yus Jambu Sebelum Meninggal Dunia !
Info Post
Menurut Yus, dia memilih tarikh pada hujung tahun kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan memerlukan masa untuk membuat persiapan.
Persiapan itu dah buat dah sedikit demi sedikit, memandangkan kami sibuk dengan kerja jadi saya rasa hujung tahun adalah yang paling sesuai. Dia merupakan model sambilan dan juga bekerja sebagai setiausaha ahli korporat. Kalau ikutkan hati memang saya nak beritahu siapa bakal isteri saya.
Namun demi menghormati permintaannya, saya rahsiakan dulu,” katanya ketika ditemui di program Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha pada Sabtu.
Mengulas mengenai perkenalan mereka Yus atau nama sebenarnya Yussry Edo, 38, memberitahu mereka berkenalan melalui Facebook dan sewaktu pertama kali bertemu wanita itu telah berjaya menambat hatinya.
Saya kenal dia pun menerusi Facebook… Waktu tu dia masih belum kenal saya dan tidak tahu saya ini siapa. Selepas seminggu berkenalan barulah dia dapat tahu saya ni seorang artis.
Alhamdulillah, sekarang tempoh perkenalan kami dah masuk setahun lebih, apa yang saya suka mengenai dia adalah dia faham kerjaya dan kesibukan saya.
0 comments:
Post a Comment