Breaking News
Loading...
Thursday, December 3, 2015

Info Post
Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad menjelaskan tentang gaya pengacaraannya yang dikatakan tidak sensitif dan terus dengan lawak-lawak kasar kerana ia sudah diatur oleh pihak produksi.
Katanya, dia pernah meminta untuk tidak terlalu keterlaluan pada minggu ketiga selepas menerima pelbagai kritikan, namun program tersebut menjadi hambar dan tidak meriah.
“Ketika awal-awal kena kecam dengan orang ramai, saya juga tidak tahan dan minta untuktone down sedikit pada minggu ketiga.
“Namun, selepas tamat rancangan itu, saya dapat maklum balas yang kebanyakkannya tidak suka dan mahu saya jadi diri sendiri,” ujarnya.
Dalam pada itu, jelasnya, lawak-lawak berkaitan hal rumah tangga juri tetap iaitu Datuk Ramli MS juga sudah mendapat keizinan beliau terlebih dahulu.
Selain itu, tambah Nabil, usikannya terhadap penyanyi Farahdhiya juga hanyalah di atas pentas semata-mata.
“Kami ada sesi latihan dan apa yang saya nak cakap kepada peserta dan juri semua kami sudah tahu.
“Macam usikan-usikan saya terhadap Farahdhiya juga tidaklah sampai keluar. Saya sebanarnya jarang berborak pun dengan dia di belakang pentas,” ujarnya.
Sementara itu, Nabil berkata, Gegar Vaganza 2 juga antara program yang meletakkan namanya dalam dunia pengacaraan sebaris pengacara popular. Dia juga berbangga menjadi salah seorang yang penyumbang kepada fenomena program tersebut setiap minggu.

0 comments:

Post a Comment