Breaking News
Loading...
Wednesday, December 2, 2015

Info Post
Dia serahkan RM5,000 kepada saya, kemudian saya tulis resit sebagai bukti dermanya kepada sekolah kami. Dia kata tak payah resit, tapi saya tetap hulurkan kerana sudah menjadi kewajiban saya berbuat demikian.”
Itulah peristiwa dua tahun lalu yang diceritakan seorang kerani Sekolah Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (Madi), Kampung Jejawi Dalam, di sini, tentang keperibadian arwah Yus Jambu atau nama sebenarnya, Yussry Edoo, 39.
Mardiah Abdul Salam, 40, berkata, arwah Yus datang ke sekolah itu untuk menderma bagi pembangunan agama Islam.
Menurutnya, arwah datang kira-kira jam 10 pagi pada 4 Mac 2013 dengan memakai t-shirt, berjaket biru, bertopi dan berkaca mata hitam.
“Mulanya saya tak perasan lelaki yang datang itu seorang pelakon dan pelawak sehinggalah arwah datang ke meja saya memberitahu mahu menderma.
“Saya terkejut bila sedar lelaki itu adalah Yus. Bila bersembang, dia langsung tak sombong dan sangat merendah diri,” katanya.
Mardiah berkata, arwah tidak mahu menerima resit tetapi sebagai sekolah yang bergantung kepada sumbangan orang ramai, dokumen tersebut sangat penting untuk diserahkan kepada penderma dan sebagai simpanan sekolah.
Katanya, wang yang didermakan oleh arwah Yus itu digunakan untuk sekolah tersebut termasuk Sekolah Rendah Islam Al-Furqan yang ketika itu masih di bawah kelolaan Madi.
Madi merupakan sekolah di bawah pentadbiran Pas Perlis yang mula beroperasi pada Disember 1992 mempunyai 200 pelajar terdiri daripada 15 orang tenaga pengajar.
Masuk duit dalam tabung masjid
Kisah dermawan Yus tidak terhenti di situ, di tempat asalnya di Kampung Nesam, Yus seorang yang tidak pernah putus memberi derma ke dalam tabung Masjid Nurul Iman kampung berkenaan.
Setiausaha masjid, Ali Hanapiah Mohammad, 49, berkata, sejak enam tahun memegang jawatan itu, belum pernah dia melihat Yus keluar dari masjid tanpa memasukkan duit ke dalam tabung.
“Selalunya saya nampak antara RM200 hingga RM300. Memang arwah sangat pemurah. Malah, setiap kali pulang ke kampung, dia pasti akan ziarah kubur ibu bapanya, Edoo Ismail dan Manis Ismail termasuk kubur abangnya, Rashidi Edoo.

0 comments:

Post a Comment