Breaking News
Loading...
Tuesday, December 1, 2015

Info Post
Akhirnya Hati Kering Abam Bocey Tewas Dengan Gadis Lahad Datu|SELAIN cerita perihal kerjaya, apabila menjadi seorang artis, kisah peribadi termasuk cerita cinta sering menjadi topik yang diperkatakan.
Begitu juga dengan apa yang dilalui pelakon dan pelawak terkenal, Abam apabila sejak kebelakangan ini, cerita soal cinta dan jodoh antara yang acap kali ditebak kepada jejaka berusia 27 tahun itu.
Bahkan, Abam juga pernah mendedahkan bahawa dia adakalanya meragui keikhlasan wanita yang ingin berkenalan dengannya lebih-lebih lagi selepas bergelar selebriti.
Apatah lagi jika memikirkan keadaan saiz fizikal yang dimiliki, katanya perkara itu membuatkan dirinya sentiasa berwaspada.
Sungguh pun begitu, soal jodoh dan pertemuan semuanya telah diatur oleh-Nya. Sebagai manusia sudah pasti kita hanya mampu merancang. Terkini, Abam mengakui dirinya kini sedang dalam fasa mengenal hati budi seseorang.
"Ya, saya sedang berkawan dengan seorang wanita. Perkenalan itu masih lagi baru. Saya mengenalinya melalui salah satu aplikasi laman sosial kira-kira dua bulan lalu," kongsi pemilik nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan itu.
Biarpun tempoh perkenalan itu masih boleh dianggap singkat, wanita berusia 22 tahun itu yang berjaya mencuit hati Abam pada masa sama sebenarnya telah memikat hati ahli keluarganya yang lain.
"Memang kebiasaan, kalau saya berkawan dengan sesiapa, saya akan perkenalkan kepada ibu terlebih dulu.

0 comments:

Post a Comment