KOTA BAHARU, 15 Okt - Berikutan kes 7 orang pelajar Orang Asli yang hilang selepas melarikan diri dari asrama pada 23 Ogos lepas, polis Kelantan hari ini mendedahkan cerita sebenar disebalik kejadian tersebut.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim kejadian bermula pada 22 Ogos apabila sekumpulan 25 pelajar sekolah tersebut keluar mandi di seungai berdekatan pada jam 1 tengahhari. Pegawal sekolah yang mengetahui tentang apa yang dilakukan oleh pelajar tersebut kemudian memaklumkan perkara itu kepada seorang warden.
Tiga dari 25 pelajar yang terbabit kemudian dipanggil oleh warden terbabit dan memaklumkan kesemua mereka akan dihukum pada keesokan harinya.
23 dari 25 orang pelajar berkenaan kemudian merancang untuk melarikan diri ke kampung mereka iaitu Kampung Penad dan Kampung Gawin.
"Kira-kira pukul 9 malam, 23 daripada 25 murid berkenaan telah berbincang dan merancang untuk melarikan diri ke kampung mereka iaitu Kampung Penad dan Kampung Gawin pada keesokan pagi," kata Mazlan memetik laporan dari Bernama.
Mengulas lanjut berkenaan tragedi tersebut, Mazlan memberitahu pada keesokan harinya, dari pukul 7 hingga 9 pagi, warden asrama membuat pemeriksaan dan mendapati 23 orang pelajar asrama telah melarikan diri.
Mengetahui kehilangan pelajar-pelajar terbabit, warden bersama pengawal keselamatan dan dua orang penduduk kampung telah mencari pelajar-pelajar tersebut.
"Mereka kemudiannya telah bertemu dengan 16 murid-murid ini di satu lokasi pada pukul 6 petang dan memujuk mereka untuk pulang ke asrama, bagaimanapun tujuh belum ditemui sebelum pihak sekolah yang dibantu penduduk kampung melakukan gerakan awal mencari mereka pada pukul 9 malam sehingga pukul 12.30 pagi keesokannya (24 Ogos).
Polis Kelantan Dedah Kisah Sebenar Tragedi Kehilangan Pelajar Orang Asli SK Pos Tohoi
Info Post

0 comments:
Post a Comment