KIS4H BEN4R..!! Fakta Kes Sebenar Isteri Bunuh Lelaki yang Merogolnya.. Terima HUKUM4N...??
Info Post
Kisah berlaku di Manjung, Perak, seorang surirumah, S Kalaichelvi telah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana membunuh orang yang cuba merogolnya dengan menetak dengan parang.
Disebabkan perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Zainal Adzam Abid Ghani memerintahkan Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M Kumaran di rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.
Mengikut fakta kes, lelaki yang dikenalinya itu menceroboh rumahnya kira-kira jam 3 pagi dari pintu belakang ketika suami wanita itu tiada di rumah.
Lelaki itu cuba memperkosanya tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu.
Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki itu.
Apabila lelaki itu berjaya merampas batang besinya, wanita itu mencapai parang dan menetaknya beberapa kali sehingga mati.
Beliau dengan bantuan suaminya kemudian membungkus mayat lelaki itu dan membuangnya ke parit di tepi jalan menjelang pagi.


0 comments:
Post a Comment