Breaking News
Loading...
Monday, November 30, 2015

Info Post
Pelawak Salih Yaakob berkata rakan seangkatannya, Raja Azura, masih lagi belum menerima hakikat bahawa kontrak kedua- dua mereka mengendalikan Sinar Pagi di Sinar FM tidak disambung.
Salih berkata, dia faham dengan keadaan Raja Azura memandangkan mereka serta deejay-deejay lain telah sama-sama memperjuangkan radio tersebut sehingga mencapai kejayaan.
“Dia (Raja Azura) masih tidak dapat menerima hakikat lagi. Saya ingatkan, saya keluar, dia yang kekal. Keputusan itu benar-benar mengejutkan. Cuma saya dapat rasa sejak tahun lalu lagi, banyak perkara yang diubah dalam Sinar DM termasuklah tagline  ‘Muzik Retro Terbaik’ ditukar kepada ‘Menyinari Hidupmu’, di mana isi kandungan dan hala tuju radio berkenaan juga diubah,” katanya.
Pada 22 November lalu, Salih dan Raja Azura membuat pengumuman meninggalkan stesen berkenaan  bermula 27 November 2015. Pada Ahad lalu, kumpulan Sepahtu mengumumkan bahawa mereka akan menggantikan Salih dan Raja Azura bagi segmen Sinar Pagi itu.
Sementara itu, Salih berkata, dia terpaksa akur apabila khidmatnya sebagai penyampai radio slot berkenaan tidak diperlukan lagi walaupun sudah sembilan tahun mengendalikan segmen berkenaan.
“Saya akur dan menerima perkara ini dengan hati yang terbuka. Lagipun, mereka (Sinar FM) lebih berkuasa dalam memilih yang terbaik untuk stesen mereka kekal menjadi pilihan masyarakat.
“Mereka juga telah menawarkan saya mengendalikan slot petang bersama Feeya bermula tahun depan. Cuma gajinya lebih rendah daripada apa yang saya dapat sekarang.
“Ada juga beberapa stesen radio menawarkan saya bekerja dengan mereka tetapi saya masih belum membuat keputusan lagi.
Biarlah saya berehat dahulu sepanjang sebulan ini,” ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.