Breaking News
Loading...
Wednesday, January 13, 2016

Info Post
Ilmu Perkahwinan ۵; "Janganlah kamu, menjadi orang yang dayus. Jangan dilihat dalam memberi apa sahaja tanpa diperhatikan solatnya, hijabnya, tanggungjawabnya si isteri. Tanpa diperhatikan dengan siapa si isteri itu bergaul, keluar dengan siapa? makan dan minum dengan siapa? Jangan menjadikan diri kamu, orang yang dayus."

"Suatu hari, Sahabat bertanya kepada Rasulullah ﷺ; "Ya Rasulullah. Siapakah itu orang yang dayus?" Jawab baginda Nabi ﷺ; "Orang yang tidak tergugat maruahnya terhadap isterinya dan ahli keluarganya. Rasulullah ﷺ menggambarkan bahawa maruah perkahwinan, adalah tanggungjawab daripada Allah سبحانه وتعالى."

"Maka suami itu bertanggungjawab kepada Allah. Jangan kamu lihat dalam memberi apa sahaja tanpa diperhatikan solatnya, hijabnya, tanggungjawabnya. Tanpa diperhatikan dengan siapa si isteri itu bergaul, keluar dengan siapa? makan dan minum dengan siapa?Bilamana seseorang itu berkahwin, pasangan suami isteri itu, akan menjadi satu didalam segala halnya."

"Termasuk kebahagiaan dan juga kesusahannya. Bukan hanya di Dunia tetapi juga di Akhirah. Perkahwinan itu adalah amanah daripada Allah سبحانه وتعالى. Dan Rasulullah ﷺ meninggalkan wasiatnya khusus kepada kaum suami didalam bab perkahwinan."
"Didalam khutbah terakhir Rasulullah ﷺ."

"Rasulullah bersabda; "Wahai sekalian manusia! Takutlah kamu kepada Allah سبحانه وتعالى, di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah, dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah."

"Dan Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri mereka daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan mereka."

"Dan Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur kepada kamu, maka wajib ke atas kamu untuk menjaga mereka dengan makanan dan pakaian yang baik. Ini adalah pesanan Rasulullah ﷺ didalam khutbah terakhirnya kepada kaum lelaki."

0 comments:

Post a Comment