Breaking News
Loading...
Tuesday, December 15, 2015

Info Post
Sekurang-kurangnya 33 orang termasuk seorang kapten tentera Pakistan terbunuh akibat serangan gerila Taliban yang menyerbu Pangkalan Tentera Udara Badaber dan menyerang masjid di dalam pangkalan berkenaan, petang tadi.

Menurut Ketua Pengarah Perhubungan Awam Tentera, Mejar Jeneral Asim Bajwa, gerila Taliban memakai pakaian seragam polis Pakistan, jaket dipenuhi bahan letupan serta membawa pelancar bom tangan, mortar dan raifal AK-47 memasuki pangkalan itu dari dua arah. Pangkalan berkenaan sebenarnya kompleks kediaman, bukannya untuk operasi, terletak 10 kilometer dari Peshawar.

Menurutnya, 16 orang yang sedang silat di masjid dalam pangkalan berkenaan ditembak mati.

Melalui Twitter, Asim berkata, 13 gerila Taliban ditembak mati dan antara anggota tentera Pakistan yang maut ialah seorang kapten.

“Sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk 10 tentera cedera iaitu anggota komando, tentera udara dan Pasukan Tindakan Pantas yang melakukan serangan balas.

“Operasi masih diteruskan bagi memburu penyerang yang berada dalam pangkalan berkenaan,” katanya.

Menurut penduduk tembak menembak yang berterusan kedengaran selama beberapa jam.

Jurucakap Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) Muhammad Khurasani melalui emel mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu oleh unit serangan nekadnya.

0 comments:

Post a Comment